Kamus Untuk Pengguna Komputer



Fakta: Untuk Menguasai Sesuatu Bahasa Anda Perlu Memahami Makna Setiap Perkataan Yang Digunakan

Adakah Anda Sering Ketinggalan Disebabkan Lemah Dalam Penguasaan Bahasa? Gagal Menguasai Mata Pelajaran, Gagal Mendapatkan Pekerjaan, Gagal Mendapat Kenaikan Pangkat, Gagal Mengembangkan Perniagaan, Lemah Dalam Berkomunikasi dan Berbagai Lagi...




Pernahkah anda menghadapi situasi terjumpa perkataan yang tidak difahami maknanya ketika sedang melayari internet, selalu terkial-kial mencari perkataan yang sesuai ketika sedang menyiapkan tugasan ataupun sering ditegur oleh guru/pensyarah/ketua anda disebabkan oleh kesilapan ejaan?

Kini anda akan dapat mengatasi semua masalah tersebut dengan dengan adanya perisian e-kamus yang dicipta khas untuk membantu anda. Memperkenalkan perisian e-Kamus 5.02 yang akan dapat meringankan beban tugas anda, menjimatkan masa dan membolehkan orang lain menganggap anda sebagai pakar!




Bagaimana e-Kamus 5.02 Dapat Membantu Anda?

E-Kamus 5.02 ialah perisian kamus (dictionary software) yang direka khas bagi membolehkan komputer anda (desktop atau laptop) berfungsi sebagai kamus elektronik. Anda dapat mencari makna sesuatu perkataan (Melayu, Inggeris, Cina, Arab) dengan mudah dengan cara dwiklik tetikus ataupun menggerakkan kursor tetikus di atas perkataan yang tidak difahami maknanya.

Setiap kali anda ingin menggunakan kemudahan kamus di dalam komputer anda, anda hanya perlu mengaktifkan perisian e-Kamus 5.02 dan ia akan bekerja untuk anda dan memberikan makna perkataan yang dikehendaki dengan serta merta tanpa perlu lagi anda menyemak kamus buku yang tebal dan menyusahkan dan membuang masa anda.

Apabila anda dwiklik tetikus atau menggerakkan kursor tetikus, perisian e-Kamus 5.02 akan memberikan makna perkataan tersebut di dalam tetingkap kecil di atas skrin komputer anda. Ianya mudah, selesa dan menjimatkan masa. Demo di bawah ini dibuat ketika saya sedang melayari internet. Anda boleh lihat sendiri bagaimana pantas dan mudahnya menggunakan e-Kamus 5.02.





E-Kamus 5.02 juga turut dilengkapi dengan penyemak ejaan (spelling checker) Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Alaf Eja. Penyemak ejaan akan terpasang secara automatik semasa anda melakukan pemasangan e-Kamus 5.02. Penyemak ejaan ini akan berfungsi membuat cadangan dan pembetulan perkataan semasa anda menggunakan MS Words.



Apa Yang Terkandung Dalam Perisian e-Kamus?

E-Kamus 5.02 ialah perisian yang mempunyai kamus dwibahasa Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris Alaf Teras (AT). Walau bagaimanapun ia turut disertakan dengan 18 jenis kamus lain (CD dibekalkan) yang anda boleh masukkan ke dalam perisian e-Kamus anda dengan mudah. Anda cuma perlu klik pada fungsi Add/Remove Dictionary di dalam menu Option perisian e-Kamus 5.02 anda dan ianya akan disimpan ke dalam perisian kamus anda.

Pada keseluruhannya, di bawah ialah jenis-jenis kamus yang akan anda dapati di dalam perisian e-Kamus 5.02 anda selepas anda melakukan pemasangan dan memasukkan kamus-kamus tambahan:


1. Kamus English-Malay (AT)
2. Kamus Malay-English (AT)
3. Kamus English-Malay (Times)
4. Kamus Istilah Matematik (DBP)
5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP)
6. Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP)
7. Kamus English-Melayu (DBP)
8. Kamus Istilah Kejuruteraan (DBP)
9. Kamus Istilah Komputer (DBP)
10. Kamus Melayu-English (KM)
11. Kamus Istilah Sains (DBP)
12. Kamus English Oxford
13. Dictionary of Medicine
14. Dictionary of Computer
15. Kamus English Peter Collin
16. Kamus Kamus Melayu Arab (asas)
17. Kamus Melayu-Cina (asas)




Apa Kelebihan Produk e-Kamus 5.02?

1. Harga Yang Tidak Membebankan

Kos untuk memiliki sebuah kamus elektronik lain yang mengandungi kamus Bahasa Melayu di pasaran adalah sangat mahal iaitu lebih kurang 5 kali ganda e-Kamus 5.02. E-Kamus 5.02 menawarkan perisian kamus berkualiti tinggi yang boleh dipasang di komputer anda bagi menjadikan komputer anda sebuah kamus elektronik pada harga yang kurang daripada RM100.00. Tidak perlu membeli kamus elektronik secara berasingan. Jadi anda mempunyai lebih wang untuk disimpan atau digunakan untuk perkara lain yang lebih menjadi keperluan.

2. Carian Pantas

Enjin carian e-Kamus 5.02 adalah berkuasa tinggi membolehkan anda membuat carian makna perkataan dengan pantas dan menjimatkan masa anda.

3. Fungsi Suara (Sebutan Perkataan)

Fungsi suara (sebutan perkataan) di dalam e-Kamus 5.02 dapat membantu anda menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Fungsi suara ini juga dapat membaca ayat yang diberikan secara berterusan tanpa henti.

4. Editor Kamus

Anda boleh menggunakan editor kamus yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 untuk menghasilkan kamus peribadi anda sendiri untuk rujukan anda di masa hadapan.

5. Kamus di dalam kamus

Fungsi 'kamus di dalam kamus' yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 memberikan huraian yang lengkap tentang sesuatu perkataan.

6. Kemas kini percuma

Setiap pengguna berdaftar e-Kamus 5.02 akan mendapat kemas kini percuma apabila edisi baru dikeluarkan. Sila lawati laman ahli dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat.

7. Berintegrasi dengan MS Words 2007 dan sesuai untuk sistem pengoperasian Windows terkini.

Perisian e- Kamus 5.02 adalah sesuai untuk digunakan untuk Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Pemasangan dan Pendaftaran e-Kamus 5.02

Pemasangan e-Kamus 5.02 adalah sangat mudah kerana ia menggunakan fungsi autorun komputer anda. Hanya beberapa kali klik sahaja e-Kamus 5.02 anda sudah siap sedia untuk digunakan. Selepas selesai pemasangan anda perlu mendaftarkan perisian e-Kamus 5.02 anda melalui email ataupun SMS. Panduan pendaftaran ditunjukkan di dalam buku panduan yang disertakan bersama perisian e-Kamus 5.02 anda. Pendaftaran adalah percuma.

Sila dapatkan e-Kamus 5.02 anda sekarang daripada kami. Harga RM90.00 adalah termasuk kos dan caj penghantaran. Harga 1 Malaysia yang dijamin adil untuk semua! Tiada perbezaan harga di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Klik butang tempahan di bawah!



Produk kami adalah tulen!

Walaupun e-Kamus 5.02 mempunyai ciri keselamatan yang ketat dan tidak dapat dijiplak sewenang-wenangnya, namun terdapat beberapa produk perisian kamus di pasaran yang mempunyai ciri-ciri luaran yang hampir serupa seperti dalam penggunaan nama dan pembungkusan. Anda diminta berhati-hati ketika membuat pembelian di luar sana agar tidak terbeli produk yang rendah kualitinya dan gagal berfungsi.

Alaf Teras mempunyai pengalaman yang luas dalam pengeluaran perisian e-Kamus. Alaf Teras telah mengeluarkan e-kamus sejak tahun 2000 lagi bermula dengan e-Kamus Versi Nusantara dan saya menjadi pengedar sejak tahun 2004 bermula dengan e-Kamus Versi 5.01 manakala E-Kamus-Malaysia.com pula mula beroperasi sejak 1 Jun 2005.

E-Kamus 5.02 Alaf Teras adalah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta mempunyai pelekat "Tulen" KPDNKK.





Produk e-Kamus yang anda beli daripada E-Kamus-Malaysia adalah dijamin tulen dan berkualiti tinggi. Setiap unit mempunyai nombor siri yang berlainan dan disertakan dengan surat jaminan.

Selain daripada itu produk perisian e-Kamus 5.02 juga mendapat pengiktirafan daripada badan-badan dan institusi pendidikan di Malaysia. Berikut adalah surat-surat sokongan yang pernah diterima untuk perisian e-Kamus 5.02.








Fungsi Terkini !!!
E-Kamus 5.02 kini dilengkapi dengan desktop translator. Anda dapat lihat terjemahannya adalah lebih baik berbanding dengan Google Translate. Klik gambar di bawah untuk gambar yang lebih besar






Ya!  Produk Berkualiti Yang Bukan Senang Hendak Cari Di Pasaran. Tidak Terdapat Di Kedai Buku.

Segera dapatkan e-Kamus untuk kemudahan anda.
Klik butang di bawah ini sekarang !.




 

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Rezeki Digital Store - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger