Cemerlang Sains Dengan Peta Minda



Kini Telah Ada Peta Minda Yang Memudahkan Anak-anak Anda Mempelajari, Menghafal dan Menyemak Pelajaran Sains UPSR Mereka Sebelum  Menduduki Peperiksaan. Anda Tidak Perlu Bersusah Payah Lagi Untuk Menghasilkan Peta Minda Untuk Mereka Kerana Semuanya Telah Disediakan Untuk Anda!!




PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.



Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat



KELEBIHAN PETA MINDA

 
Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah  keseronokan dalam proses pembelajaran,  mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan  mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta  setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.
Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya  mengulangkaji pelajaran  dengan pantas.

Dalam Berfikir
Melatih  minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik. 
Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.





PRODUK E-BOOK: "MIND MAPS FOR SCIENCE UPSR"


  • Mengandungi 46 peta minda dari 26 bab mencakupi  sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6.
  • Ditulis oleh guru yang berpengalaman dalam penggunaan Peta Minda. 
  • Mengikut Sukatan KBSR terkini. Ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Dalam bentuk digital. Mudah disimpan.
  • Boleh dicetak dan dijilidkan untuk kemudahan membaca dan menyemak.
  • Perlu  untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan amat perlu untuk Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR
  • Dilengkapi dengan gambar berwarna bagi hampir semua fakta untuk memudahkan pemahaman  dan ingatan.
  • Berguna untuk guru sebagai Alat Bantu Mengajar dan nota murid. 
  • Sangat penting bagi pelajar untuk menyemak dan menghafal.




Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Rezeki Digital Store - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger